Sukan Para Asia: Kar Gee Kutip Emas Keenam Buat Malaysia
Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia secara rasminya mencapai sasaran enam butir pingat emas di temasya Sukan Para Asia 2026 selepas Wong Kar Gee memenangi acara lompat jauh lelaki T12, sebentar tadi.
Pusingan akhir acara berkenaan yang berlangsung di Mizuho Park Athletic Stadium itu menyaksikan atlet kelahiran Kota Kinabalu meraih kilauan emas hasil lompatan sejauh 6.74 meter (m) pada percubaan pertama.
Ia disusuli dengan lompatan sejauh 6.60m, 6.47m, 6.36m, 6.39m dan 6.40m pada percubaan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam masing-masing.
Sebagai rekod, ini merupakan emas pertama diraih Kar Gee di temasya Sukan Para Asia selepas merangkul perak di Sukan Para Asia 2018.
Sementara itu, pingat perak dan gangsa bagi acara lompat jauh lelaki T12 ini dibawa pulang oleh Sevinchbek Khusanov dari Uzebkistan dan wakil tuan rumah, Daiki Ishiyama.
Kedua-dua atlet itu merekodkan lompatan terbaik sejauh 6.54m dan 6.48m masing-masing.
Terdahulu, Kontinjen Malaysia telah memungut lima emas menerusi Zuhairie Ahmad Tarmizi (berbasikal trek para), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting para), Datul Abdul Latif Romly (lompat jauh T20), Muhammad Nur Syaiful (100m kuak dada lelaki SB4), Cheah Liek Hou dan Mohamad Faris (beregu lelaki badminton SU5).
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia