RM69 Harga Langganan JDT+
Hafiz Omar

Harga langganan platform kandungan premium JDT+ yang menyajikan dokumentari dan siri asli melibatkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ditetapkan pada harga RM69 semusim.
Harga tersebut dikongsikang menerusi akaun-akaun media sosial rasminya, @watchjdtpus, sebelum menyiarkan siri pertama dokumentari sulungnya yang berjudul UNTAMED pada Khamis.
View this post on Instagram
Bagi dokumentari seterusnya, mereka juga telah mengacah video berdurasi 60 saat berjudul OUTBOUND Season One yang memaparkan kisah skuad berjulukan Harimau Selatan mengharungi saingan Liga Juara-Juara Elite (ACLE).
Dimaklumkan, OUTBOUND akan menemui para peminat dan penonton pada November kelak.
Selain itu, tiga poster dokumentari berjudul ONE OF US, JDT ACADEMY dan FROM THE STANDS tanpa sebarang butiran terperinci telah diacah di akaun media sosialnya untuk ditayang di JDT+.
FEATURED IMAGE: watchjdtplus