Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing Ke Separuh Akhir
Hafiz Omar

Gandingan Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing menjejakkan kaki sekali lagi di peringkat separuh bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 selepas mengetepikan lawannya di suku akhir Terbuka Perancis 2026, sebentar tadi.
Ini merupakan kali ketiga Pang Ron-Pei Jing ke separuh akhir Super 750 selepas beraksi di Terbuka Denmark 2026 dan Masters China 2026.
Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Pei Jing, penghuni tangga tangga ke-31 dunia, berhasil menumpaskan Marvin Seidel dan Nguyen Thuc Phuong dari Jerman menerusi skor 21-17, 20-22 dan 21-17.
Kemenangan itu menjelma selepas Pang Ron-Pei Jing bertarung hampir satu jam lamanya.
Kemenangan itu membawa pasangan yang bergerak secara bersendirian ini bertemu pilihan keenam kejohanan dari China, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui.
Pasangan dari negara tembok besar itu mara selepas mengetepikan pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje menerusi skor 12-21, 21-9 dan 21-9 dalam masa 49 minit.
Pertemuan di separuh akhir itu merupakan yang pertama melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia