Wei Chong-Kai Wun Juarai Kejohanan Super 750 Sulung Di Perancis

October 26, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menambah satu lagi koleksi kejuaraan dalam karier apabila memenangi saingan Terbuka Perancis 2026.

Itu merupakan julung kalinya Wei Chong-Kai Wun merangkul kejuaraan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 sejak bergandingan sekitar tahun 2021. 

Kemenangan penuh bersejarah itu menjelma selepas Wei Chong-Kai Wun selepas berhasil menjinakkan rakan senegara iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Grand Paris, tengah malam tadi (waktu Malaysia).

Dalam perlawanan terbabit, Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu tewas set pertama, 13-21. Namun begitu, pasangan No.11 dunia itu bangkit pada set kedua untuk merakamkan kemenangan 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan pada set ketiga menerusi skor 21-7.

Susulan kemenangan itu, ganjaran berupa wang tunai sebanyak AS$70,300 masuk ke dalam poket Wei Chong-Kai Wun selain meraih 11,000 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan pelbagai ranking oleh BWF.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin yang bergelar naib juara pula membawa pulang AS$33,250 dan memungut 9,350 mata.

Hari perlawanan akhir Terbuka Perancis 2026 turut menyaksikan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan serta beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing muncul naib juara kategori masing-masing.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd