Samu Castillejo Bersara Pada Usia 31 Tahun

October 26, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain sayap yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2025, Samu Castillejo mengumumkan bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 31 tahun.

Castillejo yang tiba di Iskandar Puteri pada Februari tahun lalu mengumumkan keputusannya untuk bersara menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya, pada Ahad. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @samucastillejo (@samucastillejo)

Hantaran itu turut menarik perhatian beberapa nama besar bola sepak antarabangsa di ruangan komen seperti Zlatan Ibrahimovic, Theo Hernandez, Sandro Tonali, Lucas Biglia termasuk akaun rasmi kelab bola sepak yang pernah diwakilinya; AC Milan dan Villarreal.

Untuk makluman, pemain kelahiran Barcelona ini turut pernah beraksi bersama Malaga, Valencia dan Sassuolo secara pinjaman sepanjang karier bola sepaknya.

Bersama skuad berjulukan Harimau Selatan, Castillejo sempat membuat sebelas penampilan serta menghasilkan satu bantuan gol.

FEATURED IMAGE:  JOHOR Southern Tigers

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd