Sivasangari Rangkul Kejuaraan Terbuka Silicon Valley 2026
Hafiz Omar
Perseorangan wanita No.1 negara, Sivasangari Subramaniam merangkul gelaran juara di Terbuka Silicon Valley 2026 yang berlangsung di Redwood City, Amerika Syarikat.
Kemenangan itu menjelma selepas Sivasangari yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mengalahkan Farida Mohamed dari Mesir dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.
Perlawanan itu dimenangi Sivasangari menerusi skor 11-7, 11-6 dan 11-8 dalam masa 31 minit sahaja.
A 4th Gold event title for @sangari_99 ⭐️
She wins her first PSA title of the season and maiden @SVOpenSquash title 🏆
Result: Silicon Valley Open 2026 Women’s Final
🇲🇾 [3] @sangari_99 beats [8] Farida Mohamed 🇪🇬
3-0: 11-7, 11-6, 11-8 (31m) https://t.co/nqQmKLRmsH— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) October 25, 2026
Itu merupakan kemenangan ketiga Sivasangari ke atas Farida dalam lima pertemuan selain menambah satu lagi gelaran juara dalam karier profesionalnya.
Secara keseluruhan, Sivasangari yang berusia 27 tahun kini telah mengumpul 18 gelaran juara daripada siri kejohanan Jelajah Skuasy PSA.
Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan keempat di kejohanan bertaraf Gold dimenangi Sivasangari selepas Skuasy Klasik London, Terbuka Australia dan Grasshopper Cup.
FEATURED IMAGE: PSA Squash Tour