Kane Pemain England Pertama Menang Ballon d’Or Selepas 25 Tahun
Hafiz Omar

Penyerang Bayern Munich dan skuad kebangsaan England, Harry Kane muncul sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or 2026 selepas mengetepikan dua finalis lain iaitu Kylian Mbappe (Real Madrid/Perancis) dan Lamine Yamal (Barcelona/Sepanyol).
Kemenangan Kane, 33 tahun, itu menyaksikan trofi bola emas itu kembali ke tangan pemain England buat pertama kali selepas Michael Owen memenanginya pada tahun 2001.
Penyerang berketinggian 1.88 meter itu menjadi pemain England kelima memenangi Ballon d’Or dalam sejarah selepas Stanley Matthews (1956), Bobby Charlton (1966) dan Kevin Keegan (1978, 1979).
HARRY KANE IS THE 2026 BALLON D’OR! #ballondor https://t.co/k3CUlwLF1E
— Ballon d’Or (@ballondor) October 26, 2026
Kane menamatkan musim bola sepak 2025-26 dengan meledak 61 gol dan mencetak tujuh bantuan gol daripada 51 penampilan bersama Bayern Munich.
Rekod itu turut membantu Bayern Munich menyapu ketiga-tiga trofi domestik dalam kancah bola sepak Jerman selain mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Sementara itu, semasa bersama skuad berjulukan The Three Lions, Kane menjaringkan 12 gol termasuk enam di kancah Piala Dunia FIFA 2026 serta melakukan lapan bantuan gol.
Dalam majlis yang sama, Yamal diangkat sebagai pemenang Trofi Kopa (pemain muda terbaik), Unai Simon dipilih sebagai pemenang Trofi Yashin (penjaga gol terbaik), Luis De La Fuente memenangi Trofi Cruyff (jurulatih terbaik) dan Viktor Gyokeres meraih Trofi Gerd Muller (penyerang terbaik).
FEATURED IMAGE: Ballon d’Or