Ranking BWF: Wei Chong-Kai Wun Kembali Ke Kelompok 8 Terbaik Dunia
Hafiz Omar

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang bergandingan semula pertengahan Oktober lalu kembali menempatkan diri kelompok lapan beregu lelaki terbaik dunia.
Perkembangan itu hadir selepas Wei Chong-Kai Wun menjuarai Terbuka Perancis 2026 selepas mengalahkan beregu senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada tengah malam Ahad lalu.
Kejuaraan sulung Wei Chong-Kai Wun bagi siri Jelajah Dunia BWF Super 750 itu memberikan mereka tambahan 11,000 mata sekaligus mengumpul 67,263 mata secara keseluruhan.
Jumlah pungutan mata itulah yang mecetuskan peningkatan tiga anak tangga pada minggu ini dan meletakkan Wei Chong-Kai Wun kembali di tangga kelapan selepas menghuninya kali terakhir sekitar 8hb Jun lalu.
Sementara itu, kedudukan Sze Fei-Izzuddin yang meraih gelaran naib juara di kejohanan yang sama kekal di tangga kelima dunia. Manakala, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula kekal di tangga keempat dunia.
Gandingan yang sedang mencipta nama, Aaron Tai dan Yap Roy King pula meningkat sebanyak 21 anak tangga minggu ini dan meletakkan mereka di tangga ke-74 dunia selepas menamatkan kempen Terbuka Perancis setakat pusingan 16.
FEATURED IMAGE: Badminton Asia Championship