Ranking BWF: Pang Ron-Pei Jing Sertai Kelompok 24 Terbaik

October 27, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran yang bergerak secara bersendirian, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing kini menempatkan diri mereka dalam kelompok 24 terbaik dunia.

Pang Ron-Pei Jing menyertai kelompok itu selepas muncul naib juara Terbuka Perancis 2026 pada Ahad dimana pencapaian itu mencetuskan peningkatan tujuh anak tangga berbanding kedudukan dihuni mereka dalam Ranking Dunia, minggu lalu.

Kejayaan muncul naib juara di siri Jelajah Dunia BWF Super 750 itu memberikan mereka tambahan 9,350 mata sekaligus menyaksikan Pang Ron-Pei Jing kini telah mengumpul 46,800 mata secara keseluruhan.

Sementara itu,  kedudukan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei terus merekodkan penurunan sebanyak lima anak tangga lagi selepas turun enam anak tangga minggu lalu.

Mereka kini di tangga ke-19 dunia selepas kali terakhir beraksi bersama-sama sekitar penghujung Mei lalu sebelum Ee Wei mengalami kecederaan.

Sepasang lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai pula terkeluar daripada kelompok 10 terbaik, kini di tangga ke-11, selepas jatuh dua anak tangga selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini pada hari ini.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd