‘Patatimo Boys’ Kembali Bergandingan Di Kejohanan Syed Modi 

October 28, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2026 yang dijadualkan 24hb hingga 29hb November kelak akan menyaksikan penampilan semula Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang terkenal dengan julukan “Patatimo Boys”.

Nama kedua-dua pemain yang berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing itu terpampang jelas dalam senarai babak utama dan kelayakan (M&Q) didaftarkan untuk beraksi bagi kategori beregu lelaki bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan.

Penyatuan semula Arif-Haikal, kini berusia 24 dan 23 tahun masing-masing, hadir selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan memisahkan mereka secara rasmi pada Februari 2023.

Sebelum berpisah, beregu ini pernah menghuni tangga ke-38 dunia, tertinggi dalam karier, serta merangkul tiga kejuaraan sepanjan tahun 2021.

Selepas perpisahan itu, Arif telah bergandingan dengan beberapa pemain seperti Yap Roy King, Kang Khai Xing dan akhir sekali, Muhammad Faiq. Arif membentuk gandingan paling lama bersama Roy King dan berhasil meraih dua gelara juara di Cabaran Antarabangsa Nantes 2023 dan Terbuka Macau 2025.

Sementara itu, Haikal pula membentuk gandingan bersama Nur Izzuddin, Choong Hon Jian dan Bryan Jeremy Goonting. Ketika bersama Hon Jian, Haikal sempat merangkul tiga kejuaraan iaitu Masters Orleans 2024, Masters Guwahati 2023 dan Syed Modi 2023.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd