18 Pasukan Warnai Liga A2 Amateur 2026-27
Hafiz Omar
Saingan Liga A2 Amateur 2026-27 yang akan membuka tirainya pada 14hb November 2026 akan disertai sebanyak 18 pasukan.
Penganjurnya, Amateur Football League (AFL) mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media pada hari ini sambil memaklumkan penyertaan lapan buah pasukan baharu.
Pasukan-pasukan baharu itu terdiri daripada Perak FA II, Kg. Rawa-Butterworth Rangers, Star City FC U20, CCCP KDN FC, Johor Darul Ta’zim Academy, Melaka FC U20, PDRM FA dan SATU FC.
Sepuluh pasukan sedia ada pula merangkumi Kuala Perlis Titans FC, KGKU FC, ACEIO FC, Sg. Merab FC, THKR FC, PUSEN-Seremban United, NS Forces Warrior FC, YPM FC, Raub STW FC dan MPPD FC.
View this post on Instagram
Kesemua pasukan ini akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Utara (Kuala Perlis Titan FC, Perak FA II, Kg. Rawa-Butterworth Rangers, Star City FC U20); Tengah (KGKU FC, ACEIO FC, Sg. Merab FC, CCCP KDN FC, Johor Darul Ta’zim Academy); Selatan (THKR FC, MPPD FC, PUSEN-Seremban United, NS Forces Warrior FC) dan Pantai Timur (YPM FC, PDRM FA, Raub STW FC, SATU FC).
Musim lalu saingan Liga A2 menyaksikan AZM Rovers FC, Kuala Perlis Titans FC, USM FC dan AAK Puncak Alam FC berhasil mara ke peringkat separuh akhir.
Manakala AZM Rovers FC pula muncul juara selepas menewaskan USM FC 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sebagai tambahan, saingan Liga A2 Amateur musim ini akan melabuhkan tirainya pada April 2027.
FEATURED IMAGE: Amateur Football League