MFL Umum 4 Ahli Lembaga Pengarah Baharu

November 3, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penganjur pertandingan bola sepak domestik, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelantikan empat Ahli Lembaga Pengarah baharu bagi berkhidmat untuk baki penggal 2025-2029.

Empat individu terbabit terdiri daripada Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail; serta dua orang Ahli Jawatankuasa (Exco) FAM, Dato Suraya Yaacob dan Datuk Kamarudin Hassan.

Ketiga-tiga individu ini mengisi slot wakil FAM dalam Lembaga Pengarah MFL.

Sementara itu, seorang lagi individu yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL adalah mantan Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram mengisi slot wakil Bebas.

Keempat pelantikan ini hadir selepas berlangsungnya Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Ke-3 yang dipengerusikan Presiden MFL merangkap Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan.

Senarai penuh Ahli Lembaga Pengarah MFL penggal 2025-2029 adalah seperti berikut:

  • Presiden: Dato’ Ab Ghani Hassan
  • Wakil FAM: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
  • Wakil FAM: Dato’ Suraya Yaacob
  • Wakil FAM: Datuk Hj. Kamarudin Hj. Hassan
  • Wakil Kelab: Dato’ Seri Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin (Johor Darul Ta’zim)
  • Wakil Kelab: Iswandi Ali Hassan (Kuching City FC)
  • Wakil Kelab: Jeffrey Chew Gim Eam (Penang FC)
  • Wakil Bebas: Mustaza Ahmad
  • Wakil Bebas: Dato’ S Sivasundaram

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd