Terbuka Korea: Tang Jie-Wen Tse Lepasi Pusingan 32
Hafiz Omar

Chen Tang Jie yang bergandingan bersama Chan Wen Tse berhasil melepasi halangan pertama sekaligus melangkah ke pusingan 16 di Terbuka Korea 2026.
Kemaraan itu tercipta selepas Tang Jie-Wen Tse menumpaskan gandingan campuran Australia, Andika Ramadiansyah dan Nozomi Shimizu dengan mudah menerusi skor 21-9 dan 21-14 dalam masa 25 minit.
Pusingan seterusnya, cabaran besar menanti Tang Jie-Wen Tse dimana pilihan ketiga kejohanan dari China, Cheng Xing dan Zhang Chi menjadi lawannya.
Pasangan yang menduduki tangga kelapan dunia itu mara selepas mengalahkan gandingan tuan rumah, Lee Hyeong Woo dan Park Seul menerusi skor 21-15 dan 24-22.
Semasa bergandingan bersama Toh Ee Wei, Tang Jie pernah berhadapan lawan yang sama sebanyak dua kali dimana ianya berakhir dengan satu kemenangan dan satu kekalahan.