Scott Parker Ganti Nuno Bimbing West Ham United
Hafiz Omar

Bekas pemain tengah yang mewarnai kancah Liga Perdana (PL) era 2000-an dan 2010-an, Scott Parker kembali ke West Ham United.
Namun begitu, Parker yang kini berusia 46 tahun kembali dengan peranan yang berbeza iaitu sebagai ketua jurulatih untuk menggantikan kekosongan susulan pemecatan Nuno Espirito Santo.
Kelab berjulukan “The Hammers” mengesahkan pelantikan Parker dengan kontrak yang dipersetujui selama dua tahun dan setengah menerusi laman sesawang rasminya pada Rabu.
Parker akan dibantu oleh Steve Potts, Gerard Prenderville dan Billy Lepine, Jonathan Hill termasuk bekas rakan sepasukannya semasa bergelar pemain iaitu Mark Noble.
Ketika beraksi bersama West Ham United, Parker merekodkan 129 penampilan serta menjaringkan 12 gol dan mencetak 10 bantuan gol antara tahun 2007 hingga 2011.
Parker yang memulakan karier kejurulatihan pada 2019 telah mencipta sebagai pengendali yang berjaya membawa Fulham, AFC Bournemouth dan Burnley meraih promosi ke PL pada tahun 2020, 2022 dan 2025 masing-masing.
Bagaimanapun, Parker dan Burnley mencapai persetujuan bersama untuk berpisah pada penghujung April lalu apabila The Clarets disahkan tersingkir daripada PL.
FEATURED IMAGE: West Ham United