Terbuka Korea: Wei Chong-Kai Wun Tempah Tiket Suku Akhir

November 5, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun tiada masalah untuk mengalahkan Chen Zi Ray dan Lin Yu Chieh sekaligus menempah tiket suku akhir Terbuka Korea 2026.

Pertemuan yang berlangsung di pusingan 16 itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan merekodkan kemenangan dua set berturut-turut, 24-22 dan 21-12.

Wei Chong-Kai Wun hanya mengambil masa 33 minit sahaja untuk menyingkirkan Zhi Ray-Yu Chieh yang menghuni tangga ke-32 dunia terbabit. 

Susulan keputusan itu, Wei Chong-Kai Wun bakal bertembung wakil Jepun, Haruki Kawabe dan Kenta Matsukawa untuk merebut tiket separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan. 

Terdahulu, gandingan Haruki-Kenta, ranking ke57 dunia mengesahkan kemaraan selepas mengalahkan rakan senegara, Takuto Goto dan Tsubasa Yoshida menerusi skor 21-12 dan 21-14.

FEATURED IMAGE: Badminton Association Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd