Cristiano Ronaldo Bersara Bola Sepak Antarabangsa Pada Usia 41 Tahun

November 5, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo tampil mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa sekaligus menamatkan khidmatnya selaku pemain bersama skuad kebangsaan Portugal.

Penyerang berusia 41 tahun itu mengumumkan keputusannya itu menerusi satu video panjang berdurasi lima minit di pelbagai akaun media sosialnya pada Khamis.

Keputusan itu menyaksikan Ronaldo menoktahkan kariernya bersama A Seleção dengan rekod penampilan terbanyak (234 penampilan) dan penjaringan terbanyak sepanjang zaman (146 gol). 

Sepanjang 23 tahun bersama skuad senior, Cristiano turut mencetak 45 bantuan gol. 

Pengumuman ini hadir kira-kira sedekad selepas Cristiano dan rakan-rakannya berjaya merangkul kejuaraan EURO 2016 – gelaran pertama diraih Portugal dalam sejarah. 

Selain meraih kejuaraan di kejohanan utama benua eropah, Cristiano turut menyerikan karier bola sepak antarabangsanya dengan menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) edisi 2019 dan 2025.

FEATURED IMAGE: Cristiano Ronaldo Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd