Harry Kane Sarung Jersi Bayern Munich Sehingga Jun 2029

November 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or 2026, Harry Kane nampaknya akan terus menyarung jersi gergasi bola sepak Jerman iaitu Bayern Munich sehingga berakhirnya musim 2028-29.

Perkembangan itu hadir selepas penyerang England berusia 33 tahun terbabit menandatangani kontrak lanjutan yang mengekalkannya bersama The Bavarians sehingga 30hb Jun 2029.

Kehadiran Kane di Bayern Munich sejak Ogos 2023 menyaksikannya telah menjaringkan 156 gol daripada 161 penampilan kompetitif samada peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Itu termasuk 10 gol bagi musim ini dalam saingan Bundesliga (4 gol), Liga Juara-Juara UEFA (4 gol) dan Piala Jerman (2 gol). 

Catatan gol itu juga telah membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga (24-25, 25-26) Piala Jerman (25-26) dan Piala Super Jerman (25-26, 26-27).

Kehebatan Kane menggegarkan gawang lawan sebanyak 61 kali bersama Bayern Munich dan 12 kali bersama skuad berjulukan Tiga Singa sepanjang musim lalu turut membantunya memenangi Ballon d’Or – pemain England pertama merangkulnya selepas 25 tahun.

FEATURED IMAGE: Bayern Munich

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd