Terbuka Korea: Wei Chong-Kai Wun Bertembung Beregu No.1 Dunia

November 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun akan membuat perhitungan dengan beregu No.1 dunia, Kim Won Ho dan Seo Seung-jae untuk merebut slot perlawanan akhir Terbuka Korea 2026.

Pertemuan itu terhasil selepas Wei Chong-Kai Wun melakar melakar kemenangan di peringkat suku sekaligus melangkah ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit.

Pilihan ketiga kejohanan yang berusia 27 dan 26 tahun masing-masing itu melakar kemenangan ke atas Haruki Kawabe dan Kenta Matsukawa dari Jepun menerusi skor 21-14 dan 26-24 pada suku akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Manakala, Kim-Seo, merangkap juara dunia 2025 dari Korea pula mara ke peringkat yang sama selepas berhempas pulas menundukkan pilihan kelapan dari China, Wang Chang dan Xie Haonan dalam masa 58 minit menerusi skor 21-14, 15-21 dan 21-19.

Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun sudah pernah diuji Kim-Seo sebanyak enam kali di pentas antarabangsa setakat ini dan tewas keenam-enam pertarungan tersebut.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd