Legenda Real Madrid Kini Pengendali Real Oviedo

November 10, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas penyerang Real Madrid, Raul Gonzalez Blanco atau nama masyhurnya, Raul membuka lembaran baharu karier kejurulatihannya apabila dilantik buat julung kalinya sebagai ketua jurulatih skuad senior.

Perkembangan itu hadir susulan Real Oviedo yang beraksi dalam divisyen kedua bola sepak Sepanyol mengumumkan melantik bekas pemain berusia 49 tahun itu sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.

Raul diberikan kontrak sehingga Jun 2028 dan kehadirannya adalah untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Julian Calero susulan ditamatkan kontrak – selepas tewas 1-2 di tangan Cadiz pada Sabtu lalu.

Pada saat ini, Real Oviedo menghuni tangga kesembilan La Liga 2 selepas mencatatkan enam kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan musim ini.

Untuk makluman, Raul yang bersara sebagai pemain bola sepak pada 2015 memulakan karier kejurulatihannya bersama pasukan simpnan, Real Madrid Castilla pada tahun 2019 sebelum meletakkan jawatan pada 2025.

FEATURED IMAGE: Real Oviedo

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd