Masters Kumamoto: Zii Jia Kandas Pusingan Kelayakan
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.2 negara, Lee Zii Jia terpaksa akur pulang awal daripada saingan Masters Kumamoto Jepun 2026 selepas tewas aksi pertamanya di pusingan kelayakan.
Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-40 dunia bertembung wakil tuan rumah iaitu Minoru Koga, 30 tahun, di peringkat suku akhir pusingan kelayakan, sebentar tadi.
Dalam aksi itu, Zii Jia mengalami kekalahan di tangan pemain yang menduduki tangga ke-48 dunia terbabit menerusi skor 15-21 pada set pertama diikuti 10-21 pada set kedua.
Keputusan itu sekaligus menutup pintu buat Zii Jia untuk mara ke babak undian utama bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan.
Sebagai rekod, kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan Zii Jia dan Koga menjadi seimbang dengan satu kemenangan dan satu kekalahan masing-masing.
Ketika bertemu julung kalinya di Terbuka Swiss 2026, Zii Jia mencatatkan kemenangan 21-14 dan 21-10.