Masters Kumamoto: Aaron-Roy King Singkir Sze Fei-Izzuddin

November 12, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Aaron Tai dan Yap Roy King berhasil meneruskan langkah ke suku akhir Masters Kumamoto Jepun 2026 selepas menyingkirkan beregu senior negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin, sebentar tadi.

Lebih mengejutkan, pasangan berusia 20 dan 25 tahun masing-masing itu mengalahkan Sze Fei-Izzuddin yang turut diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan dengan bergaya menerusi skor 21-14 dan 21-15 dalam masa 28 minit.

Bahkan Aaron-Roy King memahat kemenangan bermakna ke atas Sze Fei-Izzuddin itu pada pertemuan pertama mereka di kejohanan antarabangsa.

Keputusan itu membawa Aaron-Roy King bertemu Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan untuk merebut slot ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit.

Terdahulu, wakil dari Chinese Taipei itu melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan gandingan China, Hu Ke Yuan dan Liang Wei Keng menerusi skor 21-14 dan 21-16 dalam masa 26 minit.

Berdasarkan rekod, kedua-dua beregu itu belum pernah berentap sesama sendiri dalam mana-mana kejohanan setakat ini.

FEATURED IMAGE: BWF TV

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd