Lionel Scaloni Bimbing Argentina Sehingga 2030
Hafiz Omar
Individu yang membimbing skuad kebangsaan Argentina menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 serta Copa America edisi 2021 dan 2024, Lionel Scaloni dilanjutkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).
Kontrak semasa jurulatih berusia 48 tahun terbabit bakal tamat pada penghujung tahun ini. Namun begitu, ESPN melaporkan Scaloni telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2030 – tahun berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2030.ย
๐๐ก๐๐ซ๐ ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐ฅ๐จ๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ ๐คฉ๐ฉต https://t.co/3W3O5xEvI5
โ Selecciรณn Argentina in English (@AFASeleccionEN) November 12, 2026
โKami mengumumkan secara rasmi pembaharuan (kontrak) โGringoโ Lionel Scaloni dan staf kejurulatihannya bagi tempoh 2027-2030 bersama skuad kebangsaan Argentina.โ ujar Presiden AFA, Claudio โChiquiโ Tapia sepertimana dipetik daripada ESPN.
Perkembangan itu bakal menjadikan Scaloni sebagai ketua jurulatih pertama yang membimbing Argentina di tiga edisi Piala Dunia dalam sejarah.
Sebagai rekod, Scaloni mula mengendalikan Argentina secara sementara pada Ogos 2018 menggantikan Jorge Sampaoli sebelum dilantik secara tetap selepas membawa Argentina meraih tempat ketiga Copa America 2019.
Pada Piala Dunia edisi lalu, Scaloni terlepas peluang untuk membawa Argentina mempertahankan Piala Dunia apabila tewas perlawanan akhir di tangan Sepanyol.
FEATURED IMAGE: Argentina Football Association