Pochettino Kembali Ke England, Bimbing Man Utd Bermula 18 Nov

November 13, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas pengendali Tottenham Hotspur dari 2014 hingga 2019, Mauricio Pochettino kembali semula ke kancah bola sepak England.

Kehadiran semula Pochettino, 54 tahun, susulan persetujuannya untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Manchester United (Man Utd) yang ditinggalkan oleh Michael Carrick.

Skuad berjulukan The Red Devils mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan sepanjang tujuh perenggan di laman sesawangnya, sebentar tadi.

Ini bermakna, pengendali kelahiran Argentina itu akan meninggalkan peranan semasanya selaku ketua jurulatih Amerika Syarikat biarpun telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2030 pada Ogos lalu.

“Kelab telah mencapai persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat untuk Pochettino dan staf kejurulatihannya dilepaskan selepas selesai tanggungjawabnya bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.” tulis kelab yang menghuni tangga ke-18 Liga Perdana (PL) terbabit.

Sedang dikemaskini…

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd