Romelu Lukaku Umum Persaraan Antarabangsa Pada Usia 33 Tahun

November 17, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas penyerang Chelsea, Everton dan Manchester United iaitu Romelu Lukaku menoktahkan pembabitannya dalam kancah bola sepak antarabangsa pada usia 33 tahun.

Perkembangan itu hadir susulan pemain kelahiran Antwerp itu mengumumkan bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan Belgium selepas perlawanan menentang Itali menerusi akaun media sosialnya.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Raja Raudouin, Brussels itu menyaksikan skuad berjulukan Red Devils mencatatkan kemenangan besar 4-1 namun Lukaku sekadar berada di bangku sebagai pemain simpanan.

Sebagai rekod, Lukaku meraih debutnya bersama Belgium pada tahun 2010 di bawah kendalian Dick Advocaat ketika berusia 16 tahun dan sembilan bulan semasa bertemu Croatia. 

Sejak itu, Lukaku telah merekodkan 135 penampilan serta menjaringkan 94 gol – penjaring kelima terbanyak antarabangsa sepanjang zaman selepas Cristiano Ronaldo (146), Lionel Messi(126), Ali Daei (108) dan Sunil Chhetri (95).

Dalam tempoh itu, Lukaku sempat beraksi dalam empat edisi Piala Dunia (2014, 2018, 2022 dan 2026) serta tiga edisi EURO (2016, 2020 dan 2024).

FEATURED IMAGE: Belgian Red Devils

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd