Terbuka Hong Kong: Wei Chong-Kai Wun Melangkah Ke Pusingan 16
Hafiz Omar

Beregu lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun tidak mempunyai masalah untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Terbuka Hong Kong 2026 – Jelajah Dunia BWF Super 500.
Kemaraan itu tercipta selepas Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan kelapan mengalahkan Peeratchai Sukphun dan Pakkapon Teeraratsakul dari Thailand dengan mudah menerusi skor 21-10 dan 21-14 dalam masa 25 minit.
Keputusan itu menjadikan Wei Chong-Kai Wun kini merekodkan tiga kemenangan berturut-turut ke atas Peeratchai-Pakkapon di kejohanan antarabangsa sejak pertemuan pertama di Sukan SEA 2025 diikuti saingan Masters Kumamoto pada minggu lalu.
Untuk aksi berikutnya, Wei Chong-Kai Wun akan menantikan cabaran samada daripada He Zhi-Wei dan Huang Jui-Hsuan dari Chinese Taipei atau beregu India, Harihan Amsakarunan dan M. R. Arjun.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia