Terbuka Hong Kong: Wei Chong-Kai Wun, Daniel-Mads Ulangi Pertemuan Minggu Lalu

November 19, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun bakal membuat perhitungan semula dengan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada suku akhir Terbuka Hong Kong 2026.

Ulangan pertemuan di pusingan 16 Masters Kumamoto Jepun pada minggu lalu itu terhasil selepas Wei Chong-Kai Wun serta Daniel-Mads melakar kemenangan ke atas lawang masing-masing di pusingan 16 Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking kesembilan dunia mengesahkan tempat ke suku akhir susulan menumpaskan He Zhi-Wei dan Huang Jui-hsuan 21-16 dan 21-16.

Manakala Daniel-Mads yang berada di tangga ke-12 dunia mara ke peringkat yang sama selepas mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri dengan keputusan 21-13, 16-21 dan 21-17.

Pada minggu lalu, Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke suku akhir Masters Kumamoto Jepun apabila tewas di tangan Daniel-Mads menerusi skor 15-21 dan 18-21 ketika bertembung di pusingan 16.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd