FIFA Terima 3 Pencalonan Jawatan Presiden

November 19, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan menerima tiga pencalonan untuk merebut jawatan No.1 badan induk berkenaan pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Penyandang semasa, Gianni Infantino turut tersenarai sementara dua lagi calon adalah Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Philippe Diallo dan Presiden Kehormat Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA), Kohzo Tashima.

Nama tiga calon itu didedahkan oleh FIFA menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya, pada Khamis.

Nama-nama calon itu akan diajukan kepada jawatankuasa pemilihan untuk penelitian dan membuat keputusan untuk penerimaan calon.” tulis FIFA.

Ahli-Ahli Gabungan akan dimaklumkan mengenai nama calon yang dicadangkan dan penerimaannya selewat-lewatnya pada 18hb Februari 2027.

Pemilihan jawatankuasa baharu FIFA bakal berlangsung semasa Kongres FIFA Ke-77 di Rabat, Maghribi pada 18hb Mac 2027.

FEATURED IMAGE: Football Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd