Terbuka Hong Kong: Soon Huat-Shevon, Pasangan No.1 Dunia Berentap Di Separuh Akhir
Hafiz Omar

Beregu campuran No.1 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil melangkah ke separuh akhir buat julung kalinya selepas beraksi di Masters China 2026, awal September lalu.
Kemaraan itu tercipta selepas Soon Huat-Shevon merangkap pasangan suami isteri mengejutkan beregu China yang diletakkan sebagai pilihan keempat, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui di Terbuka Hong Kong 2026.
Lebih bermakna, kemenangan itu dilakar dengan penuh bergaya menerusi skor 21-15 pada set pertama disusuli 21-15 pada set kedua dalam masa 33 minit sahaja.
LI-NING Hong Kong Open 2026
XD – QF
🇲🇾GOH Soon Huat🏅
21 21 🇲🇾LAI Shevon Jemie🏅
🇨🇳GUO Xin Wa
15 15 🇨🇳CHEN Fang Hui🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 20, 2026
Keputusan itu turut menjadi kemenangan pertama Soon Huat-Shevon ke atas Xin Wa-Fang Hui selepas tewas dua kali berturut-turut di pentas antarabangsa sebelum ini.
Sementara itu, kemaraan Soon Huat-Shevon ke separuh akhir di Jelajah Dunia BWF Super 500 itu membawanya bertemu pasangan No.1 dunia, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
Terdahulu, Yan Zhe-Dong Ping menempah tiket separuh akhir selepas mengalahkan Wu Hsuan-yi dan Yang Chu Yun dari Chinese Taipei menerusi skor 21-9 dan 21-10.
Untuk makluman, Soon Huat-Shevon pernah bertembung Yan Zhe-Dong Ping sebanyak enam kali setakat ini dan tewas keenam-enam perlawanan terbabit.