Wei Chong-Kai Wun Rangkul Gelaran Kedua Selepas Bergandingan Semula

November 22, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki yang kembali bergandingan semula sejak Oktober lalu, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya meraih gelaran juara kedua selepas memenangi saingan Terbuka Hong Kong 2026, pada Ahad.

Kejuaraan di Jelajah Dunia BWF Super 500 itu menjelma susulan Wei Chong-Kai Wun mengalahkan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dengan bergaya menerusi skor 21-19 dan 21-18 dalam masa 39 minit.

Keputusan itu sekaligus memberikan Wei Chong-Kai Wun ganjaran wang tunai sebanyak AS$39,500 (~RM162,601) ke dalam dompetnya serta tambahan 9,200 mata untuk pengiraan pelbagai ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pada masa yang sama, kemenangan mereka itu turut mengulangi pencapaian dilakar oleh gandingan negara, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock ketika muncul juara pada edisi 1999 – sekitar 27 tahun lalu.

Untuk makluman, ini merupakan gelaran juara kedua diraih Wei Chong-Kai Wun selepas menjuarai Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 – selepas kembali bergandingan semual pada Oktober lalu.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd