Pearly-Thinaah Raih Gelaran Ketiga Tahun 2026
Hafiz Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merangkul gelaran juara kali ketiga bagi tahun ini selepas memenangi Terbuka Hong Kong 2026.
Gandingan pemain berusia 26 dan 28 tahun masing-masing itu menjelmakan kemenangan itu dengan mengalahkan wakil Jepun, Sumire Nakade dan Miyu Takahashi dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.
Pertarungan dengan pasangan No.11 dunia itu berlangsung selama 40 minit sebelum Pearly-Thinaah menoktahkannya menerusi skor 22-20 dan 21-16.
LI-NING Hong Kong Open 2026
WD – Final
🇲🇾TAN Pearly🏅
22 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅
🇯🇵Sumire NAKADE
20 16 🇯🇵Miyu TAKAHASHI🕚 in 40 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 22, 2026
Keputusan itu bukan sahaja memberikan Pearly-Thinaah wang tunai sebanyak AS$39,500 (~RM162,601) serta 9,200 mata bahkan menyeimbangkan rekod pertemuan selepas tewas pertemuan sulung di Terbuka Taipei pada awal Ogos lalu.
Pada masa yang sama, kejuaraan ini turut menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi kemenangan yang dilakar di kejohanan yang sama pada edisi 2024 dengan mengalahkan gandingan China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning.
Sementara itu, kejuaraan Terbuka Hong Kong ini menambah koleksi kejuaraan bagi tahun ini selepas memenangi Terbuka Denmark dan Masters Indonesia.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia