Ranking BWF: Juara Terbuka Hong Kong Huni Tangga Ke-7 Dunia

November 24, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Kejayaan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menjuarai Terbuka Hong Kong 2026 pada Ahad meletakkan mereka di tangga ketujuh dunia bagi minggu ini.

Kenaikan dua anak tangga berbanding kedudukan pada minggu lalu diperlihatkan selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia pada hari ini.

Pertambahan sebanyak 9,200 mata hasil menjuarai Terbuka Hong Kong menyaksikan Wei Chong-Kai Wun kini mengumpul 73,463 mata secara keseluruhan.

Kali terakhir Wei Chong-Kai Wun berada dalam kelompok tujuh terbaik dunia adalah pada 1hb Jun lalu dimana mereka menghuni tangga keenam dunia.

Sementara itu, kemaskini terbabit turut memperlihatkan kedudukan dua beregu lelaki terbaik negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin kekal di tangga keempat dan kelima masing-masing.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd