Senegal Juara AFCON 2025, CAS Batal Keputusan Maghribi

November 25, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Senegal dinobatkan semula sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menerima rayuan mereka terhadap keputusan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) yang sebelum ini menarik balik gelaran berkenaan.

CAS telah mengetepikan keputusan Lembaga Rayuan CAF yang membatalkan kemenangan 1-0 Senegal ke atas Maghribi dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 18hb Januari lalu dan memberikan kemenangan 3-0 kepada tuan rumah.

Terdahulu, Persekutuan Bola Sepak Maghribi mengemukakan rayuan kepada penganjur, CAF, supaya kemenangan Senegal hasil jaringan sepakan penalti Pape Gueye pada minit ke-94 dibatalkan. 


Ia susulan pemain-pemain Senegal meninggalkan padang sebagai tanda bantahan kepada keputusan kontroversi memberikan sepakan penalti kepada Maghribi pada penghujung separuh masa kedua.

Bantahan pemain Senegal itu menyebabkan perlawanan tertangguh selama 15 minit. Selepas pemain mereka kembali ke padang, pemain Maghribi, Brahim Diaz, gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus memaksa perlawanan diteruskan ke masa tambahan. 

Pada mulanya, rayuan Maghribi ditolak namun, kemudiannya, panel CAF menerima rayuan itu dan memutuskan bahawa tindakan pemain Senegal meninggalkan padang bermakna pasukan berkenaan menarik diri daripada perlawanan sekaligus memberikan kemenangan 3-0 kepada Maghribi. 

Senegal kemudian membawa perkara itu ke CAS, mendengar hujah kedua-dua pihak pada 8 Oktober.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd