Buriram United, Ketua Jurulatih Berpisah Lagi
Hafiz Omar
Kelab gergasi Thailand merangkap seteru Johor Darul Ta’zim (JDT) di rantau asia tenggara, Buriram United FC mengharungi satu lagi episod perpisahan dengan pengendalinya pada musim ini.
Lebih dramatik, perpisahan dengan Raul Caneda, ketua jurulatih semasanya, diumumkan 26 hari selepas skuad Thunder Castle mengumumkan pelantikannya pada penghujung Oktober lalu.
Buriram United mengumumkan melepaskan jurulatih kelahiran Sepanyol berusia 57 tahun berkenaan selepas tewas 1-3 di tangan Shanghai Port dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
View this post on Instagram
Keputusan itu menyaksikan Buriram United gagal merakamkan sebarang kemenangan biarpun telah mengharungi lima perlawanan ACLE setakat ini.
Dalam kancah Liga Thai 1 pula, Buriram United kini di tangga kelima dengan pungutan 16 mata hasil daripada melakar lima kemenangan dan satu seri daripada tujuh perlawanan.
Sebagai rekod, Caneda hanya sempat mengendalikan empat perlawanan sahaja dalam tempoh masa yang pendek itu dimana ianya berkesudahan dengan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Terdahulu, Buriram United yang merupakan juara bertahan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee memulakan kempen musim 2026-27 bersama Mark Jackson diikuti dengan Mario Silva sebelum menggantikannya dengan Caneda.
FEATURED IMAGE: AFC Champions League Elite