Format Baharu Piala Thomas, Piala Uber 2028

November 26, 2026
Badminton

Hafiz Omar

 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi laman sesawang rasminya tampil mengumumkan kelulusan beberapa perubahan baharu melibatkan kejohanan berpasukan utama iaitu Piala Thomas dan Piala Uber bagi edisi seterusnya.

Perubahan itu menyaksikan Piala Thomas dan Uber ditambah penyertaannya menjadikan ianya ditandingi 24 buah pasukan masing-masing – pertambahan sebanyak lapan buah pasukan berbanding edisi-edisi lalu.

24 buah pasukan itu akan dibahagikan kepada empat kumpulan, difahamkan, setiap kumpulan disertai enam buah pasukan berdasarkan ranking semasa. 

Perlawanan peringkat kumpulan akan menyaksikan setiap akan mengharungi empat perlawanan, menentang satu pasukan daripada kumpulannya sendiri serta satu pasukan daripada baki tiga kumpulan lagi.


Bagi saingan Piala Thomas dan Uber, BWF menggunakan format “best-of-three match” dimana kemenangan 3-0 menghadiahkan 5 mata, kemenangan 2-1 memberikan 4 mata sementara kekalahan 1-2 pula meraih 1 mata.

12 pasukan terbaik layak melangkah ke saingan kalah mati sekaligus meneruskan kempen untuk merebut gelaran juara.

BWF menjelaskan format ini direka untuk meningkatkan kepentingan setiap perlawanan, meningkatkan intensitif persaingan dan drama kesukanan bagi setiap pertembungan.

Pada masa yang sama, format ini juga memberikan ganjaran kepada pasukan yang menghidangkan prestasi yang konsisten sepanjang kejohanan dan menarik perhatian para peminat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd