Calvert-Lewin Lanjut Kontrak Bersama Leeds United Sehingga 2029
Hafiz Omar

Penyerang kelahiran England, Dominic Calvert-Lewin kekal menyarung jersi Leeds United FC sehingga ke musim panas 2029.
Perkembangan itu hadir selepas pemain berusia 29 tahun terbabit bersetuju menurunkan tandatangannya ke atas kontrak lanjutan selama dua tahun dan setengah bersama kelab berjulukan The Whites.
Lanjutan itu hadir selepas Calvert-Lewin cemerlang di hadapan gawang meledak 15 gol pada musim pertamanya, 2025-26, bersama Leeds United.
View this post on Instagram
Kecemerlangan Calvert-Lewin telah membantu Leeds United menamatkan saingan Liga Perdana (PL) musim lalu di tangga ke-14 selain mara ke separuh akhir Piala FA – yang pertama selepas 39 tahun.
Bekas pemain Everton ini juga telah menjaringkan enam gol daripada 13 penampilan musim ini.
Pada saat ini, Leeds United berada di tangga ketujuh PL selepas mengharungi 11 perlawanan setakat ini.
FEATURED IMAGE: Leeds United FC