Syed Modi: Yee Hern-Vannee Jejak Separuh Akhir Super 300
Hafiz Omar
Beregu campuran No.6 negara, Wee Yee Hern dan Vannee Gobi merekodkan pencapaian baharu dalam karier apabila menjejakkan kaki buat julung kalinya ke peringkat separuh akhir dalam siri Jelajah Dunia BWF Super 300.
Gandingan pemain berusia 22 dan 21 tahun masing-masing itu merakamkan kemaraan terbabit di saingan Antarabangsa Syed Modi India 2026 susulan menyingkirkan M. Nawaf Khoiriyansyah dan Indah Cahya pada hari ini.
Syed Modi India International 2026
XD – QF
🇲🇾WEE Yee Hern🏅
21 21 🇲🇾Vannee GOBI🏅
🇮🇩M. Nawaf KHOIRIYANSYAH
15 14 🇮🇩Indah Cahya Sari JAMIL🕚 in 39 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 27, 2026
Dalam pertarungan peringkat suku akhir itu, Yee Hern-Vannee berhasil menumpaskan pasangan Indonesia dengan bergaya menerusi skor 21-15 dan 21-14 dalam masa 39 minit.
Keputusan itu menyaksikan pasangan yang menghuni ranking ke-61 dunia itu meneruskan kempen dengan bertemu wakil tuan rumah, Sathwik Reddy dan Reshika Uthayasooriyan pada separuh akhir.
Terdahulu, Sathwik-Reshika yang menghuni tangga ke-185 dunia melayakkan diri ke separuh akhir hasil mengalahkan rakan senegara, Viraj Kuvale dan Rutaprna Panda menerusi skor 21-8 dan 21-14 dalam masa 26 minit.