Piala Thomas 2020: Indonesia Kecewakan Malaysia Di Peringkat Suku Akhir

October 15, 2021
Badminton

Hafiz Omar

Perjalanan pasukan Malaysia dalam kejohanan berpasukan lelaki iaitu Piala Thomas 2020 terhenti di peringkat suku akhir apabila tumpas 0-3 kepada Indonesia.

Langkah kiri Malaysia pada perlawanan ini bermula sejak perlawanan pertama melibatkan perseorangan lelaki merangkap kapten, Lee Zii Jia yang tumpas kepada Anthony Sinisuka Ginting secara ‘straight set’ 15-21 dan 17-21.

Pada perlawanan kedua, giliran pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tumpas kepada beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya-Marcus Gideon dengan keputusan 17-21, 21-16 dan 15-21.

Ng Tze Yong

Di perlawanan ketiga, pemain perseorangan muda, Ng Tze Yong yang berada di kedudukan ke-82 dunia cuba untuk menghidupkan peluang buat Malaysia. 

Tze Yong menunjukkan persembahan yang baik dan memenangi set pertama dengan keputusan 21-14 ke atas Jonatan Christie. 

Bagaimanapun, Jonatan yang menduduki tangga ke-7 dunia dan lebih berpengalaman berhasil bangkit untuk memenangi dua set seterusnya dengan keputusan 21-19 dan 21-16.

Kemenangan oleh Jonatan itu membolehkan Indonesia meraih kemenangan 3-0 dan menempah tiket ke saingan separuh akhir. Ia sekaligus membuatkan Malaysia terkeluar secara rasmi daripada saingan Piala Thomas 2020.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd