Repsol Honda Tarik Nafas Lega Mir Kembali di GP Americas

April 13, 2023
MotoGP

Meor Mohamad Amirul

Repsol Honda Team boleh menghela nafas lega apabila pelumba taruhan mereka, Joan Mir kembali menyertai pasukan untuk saingan Grand Prix (GP) America di Austin, Texas. 

Sebelum ini, Repsol Honda berhadapan kemungkinan kehilangan khidmat pelumba berusia 26 tahun itu selepas ditimpa kemalangan pada pusingan pertama perlumbaan pecut di GP Argentina yang menyaksikan pelumba itu tidak beraksi ketika perlumbaan utama.

Menurut laman sesawang pasukan, Repsol Honda mengesahkan kehadiran Mir sambil ditemani seorang lagi pelumba, Stefan Brandl bagi mengisi tempat Marc Marquez di GP Americas.

Nama Stefan Brandl bukanlah baru dalam saingan MotoGP memandangkan pelumba tersebut telah menggantikan posisi yang ditinggalkan Marc Marquez apabila bergelar penunggang ujian buat Repsol Honda sejak tahun 2020. 

Untuk makluman semua, Marc Marquez tercedera selepas perlanggaran yang dialaminya ketika perlumbaan GP Portugal dan telah dikenakan Long Lap Penalty berganda pada perlumbaan seterusnya selepas pulih dari kecederaan.

Kehilangan Mir pada perlumbaan lalu amat merugikan buat Repsol yang menyebabkan tiada pelumba Repsol beraksi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd