Hanya Dua Beregu Wanita Negara Beraksi di BAC 2023
Meor Mohamad Amirul
Malaysia kekurangan satu wakil di pentas Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung bermula 25 hingga 30 April di Dubai.
Ini berikutan daripada pemain beregu wanita negara, Pearly Tan terpaksa menarik diri daripada kejohanan berkenaan ekoran masalah kesihatan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi pelbagai platform media sosial pada hari ini.
UPDATE: Pearly Tan withdraws from the Badminton Asia Championships 2023 due to illness.
Get well soon, Pearly!♥️#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/aVsqYV6dRo
— BAM (@BA_Malaysia) April 19, 2023
Ini sekaligus menyebabkan rakan gandingannya, Thinaah Muralitharan terlepas peluang untuk beraksi dalam kejohanan ini.
Untuk makluman, mereka merupakan pilihan kelapan kejohanan. Mereka sepatutnya menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai dalam pusingan 32.
Dengan penarikan ini juga, Malaysia kini tinggal 14 wakil secara keseluruhan yang akan meneruskan aksi di Dubai.
Bagi acara beregu wanita, dua gandingan yang akan meneruskan cabaran di kejohanan ialah Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan.
Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia