Terbuka Taipei: Beregu Campuran Negara Lakar Kemaraan Berganda Ke Suku Akhir
Hafiz Omar
Kedua-dua beregu campuran negara yang beraksi di Pusingan 16 Terbuka Taipei berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 300.
Gandingan Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing melakar kemaraan pertama apabila berjaya menundukkan gandingan Korea yang menghuni ranking ke-57 dunia, Kim Yong-huk dan Lee Yu Lim di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan terbabit, Pang Ron-Mei Xing merekodkan kemenangan setelah setelah mengharungi tiga set permainan dengan skor 19-21, 21-16 dan 21-14 dalam tempoh 54 minit permainan.
YONEX Taipei Open 2023
XD – R16
🇲🇾HOO Pang Ron🏅
19 21 21 🇲🇾TEOH Mei Xing🏅
🇰🇷KIM Young Hyuk
21 16 14 🇰🇷LEE Yu Lim🕚 in 54 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023
Kemenangan itu membawa mereka bertemu pasangan tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin merangkap pilihan kelima kejohanan yang menghuni ranking ke-21 dunia.
Sementara itu, pilihan keempat kejohanan merangkap beregu No.3 dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melengkapkan kemaraan wakil negara dalam sektor ini apabila berjaya mengetepikan cabaran pasangan Thailand yang berada di ranking ke-39 dunia, Ruttanapak Oupthong dan Jhenicha Sudjaipraparat di peringkat yang sama.
Dalam pertarungan itu, Tang Jie-Ee Wei turut sama berhasil melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-13 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam permainan.
YONEX Taipei Open 2023
XD – R16
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇹🇭Ruttanapak OUPTHONG
13 13 🇹🇭Jhenicha SUDJAIPRAPARAT🕚 in 27 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023
Dengan kemenangan terbabit, Tang Jie-Ee Wei akan bertemu pilihan ketujuh kejohanan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang yang berada di ranking ke-20 dunia bagi merebut tempat ke separuh akhir.
Untuk makluman semua, gandingan Chinese Taipei ini mara selepas menundukkan rakan senegaranya, Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya Ching menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 14-21, 21-19 dan 21-18 dalam tempoh 45 minit permainan.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia