Terbuka Perancis: Pemain No.1 China Sekat Zii Jia Ke Suku Akhir
Hafiz Omar
Jaguh perseorangan lelaki China, Li Shi Feng menjadi batu penghalang buat Lee Zii Jia untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2023.
Ia berikutan Shi Feng yang menghuni ranking kelima dunia pada saat ini berhasil menumpaskan Zii Jia ketika bertembung di peringkat pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan itu, Zii Jia terpaksa akur tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 11-21 dan 12-21 di tangan Shi Feng dalam masa lebih satu jam permainan.
YONEX French Open 2023
MS – R16
17 21 21 🇨🇳LI Shi Feng🥇21 11 12 🇲🇾LEE Zii Jia
🕚 in 68 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 26, 2023
Pada masa yang sama, kekalahan ini menjadikan Shi Feng kini mendahului rekod pertemuan menentang Zii Jia dengan tiga kemenangan daripada lima pertembungan di pentas antarabangsa.
Dengan kemenangan ini, Shi Feng berhasil membolot tiket ke peringkat suku akhir bagi salah satu saingan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 750 ini.
Menantinya di peringkat itu samada samada pemain No,1 Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting atau pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-25 dunia, Toma Junior Popov untuk merebut slot ke separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia