Aaron-Khai Xing Rangkul Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Thailand 2024
Hafiz Omar
Beregu lelaki remaja negara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing yang berusia 17 tahun masing-masing berjaya merangkul kejuaraan Cabaran Antarabangsa Thailand 2024.
Kejuaraan terbabit menjadi milik gandingan yang menghuni ranking ke-167 dunia tersebut selepas berhasil menumpaskan wakil tuan rumah yang berada di ranking lebih tinggi daripada mereka, Peeratchai Sukphun dan Pakkapon Teeratsakul dalam perlawanan akhir yang berlangsung semalam.
Lebih manis, perlawanan itu menyaksikan Aaron-Khai Xing mencatatkan kemenangan ke atas Peeratchai-Pakkapon secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan mereka memungut wang tunai berjumlah AS$2,000 atau bersamaan sekitar RM9,500.
Selain itu, selaku juara bagi kejohanan di lapisan pertama Gred 3 BWF, Aaron-Khai Xing turut sama memungut tambahan 4,000 untuk dimasukkan kemaskini ranking oleh BWF pada hari esok.
Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan kedua dirangkul oleh Aaron-Khai Xing pada tahun ini selepas menjuarai kejohanan antarabangsa remaja Belanda 2024.
RESULTS: #ToyotaIC2024
FINAL#MAS🇲🇾 Aaron Tai-Kang Khai Xing def. #THA🇹🇭 Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul(2) 21-17 21-18
Aaron-Khai Xing clinch their second title of the year! Making their third consecutive final appearance, our national juniors displayed their… pic.twitter.com/YKEhRNbg6V
— BAM (@BA_Malaysia) March 31, 2024
Featured Image: Badminton Association of Malaysia