Noah Lyles Raih Pingat Emas 100m Sukan Olimpik – Masa 9.79s
Hafiz Omar
Pelumba Amerika Syarikat, Noah Lyles menambah satu lagi koleksi pingat emasnya apabila berjaya muncul pemenang bagi acara pecut 100 meter (m) kategori lelaki di Sukan Olimpik.
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Florida meraih kilauan pingat tersebut susulan menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Stade de France, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Noah melintasi garisan penamat itu dengan catatan masa 9.79 saat (s) diikuti Kishane Thompson (Jamaica) dan Fred Kerley (Amerika Syarikat) dengan masa larian 9.79s dan 9.81s masing-masing.
Dalam perlumbaan itu juga, pemenang pingat emas Sukan Olimpik edisi lalu, Lamont Marcell Jacobs dari Itali pula terpaksa akur bukan sahaja tidak dapat mempertahankan kemenangannya bahkan pulang tanpa sebarang pingat apabila menamatkan larian di tempat kelima – masa larian 9.85s.
Sementara itu, kemenangan yang diraih Noah ini menjadi satu kesimbungan yang sempurna dalam kariernya selepas meraih pingat acara 100m di Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest.
Sebagai rekod, Noah juga menjadi pelari lelaki Amerika Syarikat yang pertama memenangi pingat emas Olimpik dalam acara 100m selepas Justin Gatlin merangkulnya dua dekad lalu di Sukan Olimpik Athens 2004.
The deepest 100m race of all-time 🤯
— World Athletics (@WorldAthletics) August 4, 2024
1. 🇺🇸 @LylesNoah 9.79
2. 🇯🇲 @iamkishane 9.79
3. 🇺🇸 @fkerley99 9.81
4. 🇿🇦 @AkaniSimbine 9.82 NR
5. 🇮🇹 @crazylongjumper 9.85
6.🇧🇼 Letsile Tebogo 9.86 NR
7. 🇺🇸 @kenny_bednarek 9.88
8. 🇯🇲 Oblique Seville 9.91#OlympicGames #Paris2024 pic.twitter.com/6thMzK5Gv8