Toh Ee Wei Terlepas Saingan Terbuka Artik & Terbuka Denmark
Hafiz Omar

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei terpaksa berehat buat sementara waktu sekaligus terlepas dia saingan besar dalam Jelajah Dunia BWF iaitu Terbuka Artik dan Terbuka Denmark.
Ini berikutan pemain berusia 24 tahun tersebut mengalami kecederaan pada tangan kiri dan belakangnya.
Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kecederaan itu menimpa Ee Wei susulan jatuh dan mengalami luka yang memerlukan jahitan ketika menjalani latihan di gimnasium pada Selasa lalu.
Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky memaklumkan Ee Wei tidak dapat beraksi untuk beberapa saingan seterusnya.
Pada masa yang sama, keadaannya akan dipantau dengan rapat oleh pasukan perubatan dan BAM akan memberikan perkembangan mengenainya dalam masa yang terdekat.
Featured Image: Instagram Toh Ee Wei