Afdlin Shauki Dicalonkan Tanding Jawatan Timbalan Presiden KLFA

September 27, 2024
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penerbit filem dan pelawak tanah air, Dato’ Afdlin Shauki menjadi salah seorang individu yang dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Kali Ke-35.

Posisi itu turut dicabar oleh tiga individu lain iaitu Penasihat Setiawangsa Rangers FC, Dato’ Azril Mat Drus; Naib Presiden KLFA, Datuk Kamaruddin Hassan dan tokoh korporat, Dato Seri Wong Yeon Chai.

Bagi jawatan Presiden KLFA, berlaku perebutan dua penjuru dengan dua nama dicalonkan iaitu Pemangku Presiden KLFA, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid dan Pengarah Kuala Lumpur United Football Club Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar.

Sementara itu, seramai lapan orang telah tercalon untuk merebut kerusi Naib Presiden KLFA;

  1. Senator Datuk Haji Hisamudin Yahya
  2. Mohd Hamidi Abu Bakar
  3. Ibrahim Sani Asnan Mohamad
  4. YB Tuan Haji Azli Yusof
  5. Dato Ramlan Shahean @ Askolani
  6. Dato Sham Shamrat Sen Gupta
  7. Nor Asyikin Jaafar 
  8. Mohd Iqmal Hakimie Abdullah

Manakala seramai 19 individu tercalon untuk merebut posisi Ahli Jawatankuasa (AJK) KLFA;

  1. Nokman Mustaffa
  2. Rahmat Mohd Diah
  3. Azhar Abdul Rahim
  4. Muhammad Hanafi Jamaluddin
  5. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Karim
  6. Nor Izwani Azman
  7. Choy Kin Mann
  8. Ewan Saufi Abas
  9. Mohd Zushaidey Zulkifli
  10. Iliyas Jamil
  11. Mohd Ismirul Azlan Ismail
  12. Mohd Faizul Mohd Nor
  13. Abdullah Izhar Mohd Yusof
  14. Amir Mahmood Abdul Razak
  15. Abdullah Abdul Hamid
  16. Mohd Fadil Taib
  17. Dato’ Mohamed Rozhan Mohd Ghazali
  18. Abdul Ghani Long
  19. Khairul Azuan Abd Ghani

Kesemua mereka ini akan bertanding untuk merebut undi daripada 27 kelab gabungan KLFA bagi mengisi posisi seorang Presiden, dua Timbalan Presiden, empat Naib Presiden serta sepuluh AJK.

Individu-individu yang dicalonkan ini diumumkan oleh Penolong Setiausaha Agung KLFA, Puan Noor Aswana Afandi dalam satu sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.

Untuk makluman semua, Kongres KLFA Kali Ke-35 ini akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Vivatel Kuala Lumpur.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd