Bintang Tenis Rafael Nadal Umum Persaraan Pada Usia 38 Tahun

October 10, 2024
Lain-Lain

Hafiz Omar

Pemain tenis kelahiran Mallorca, Sepanyol, Rafael Nadal yang berjaya meraih 22 gelaran Grand Slam sepanjang karier akhirnya membuat keputusan untuk bersara sebagai pemain tenis profesional.

Keputusan untuk menggantungkan raket tenisnya itu dimaklumkan menerusi satu video berdurasi 4 minit dan 45 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 38 tahun itu memaklumkan akan bersara secara rasmi selepas daripada kejohanan tenis berpasukan lelaki iaitu Piala Davis 2024 pada November kelak.

Difahamkan, pengumuman persaraan ini hadir susulan Nadal bergelut dengan kecederaan terutamanya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Sebagai rekod, saingan Terbuka Perancis 2022 di Rolland Garros menjadi gelaran terakhir diraih Nadal sebelum karier mula tidak berjalan dengan lancar susulan bertarung dengan pelbagai kecederaan.

Featured Image: Facebook Rafa Nadal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd