Ranking BWF: Lee Zii Jia Jatuh Ke Posisi No.7 Dunia

October 15, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki negera yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik, Lee Zii Jia jatuh ke posisi No.7 dunia, pada minggu ini.

Pemain berusia 26 tahun kelahiran Alor Setar jatuh ke posisi berkenaan selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia, pada hari ini.

Ianya kejatuhan sebanyak tiga anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu disebabkan oleh kegagalannya mara dengan lebih jauh dalam tiga kejohanan yang disertainya pasca Sukan Olimpik Paris 2024.

Tiga kejohanan terakhir yang disertainya iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik berakhir pusingan 32, pusingan 32 dan suku akhir masing-masing. 

Keputusan itu sekaligus menjadikan kutipan mata di ketiga-tiga kejohanan berkenaan tidak dapat dimasukkan dalam kelompok 10 pungutan mata tertinggi daripada 10 kejohanan yang berlangsung sepanjang setahun lepas.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut mengalami kejatuhan satu anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-30 dalam Ranking Dunia BWF.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd