Piala ASEAN: Harimau Malaya Ikat Pasukan 180 Dunia

December 8, 2024
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak senior kebangsaan berjulukan Harimau Malaya terpaksa akur memulakan kempen Piala ASEAN 2024 dengan sekadar mengutip satu susulan mencatatkan keputusan seri pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan A.

Keputusan terbabit hadir selepas Harimau Malaya dan lawan pertamanya, Kemboja yang menghuni ranking ke-180 dunia terikat dengan kedudukan 2-2 selepas pengadil perlawanan, Kim Woo-sung meniup wisel menamatkan permainan.

Pertembungan yang berlangsung di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh itu menyaksikan Harimau Malaya terlebih dahulu membuka jaringan apabila tandukan kencang Stuart Wilkin menerjah ke dalam gawang pada minit 35’.

Bagaimanapun, Kemboja berhasil menemui jaringan penyamaan pada minit 52’ apabila penyerang naturalisasinya yang merupakan kelahiran Ivory Coast berhasil menyumbat masuk bola ke dalam gawang Malaysia.

Selang lapan minit kemudian, Kemboja sekali lagi berhasil meletakkan bola ke dalam gawang menerusi penyerang mudanya, Sa Ty sekaligus mendahului Malaysia dengan kedudukan 2-1.

Mujurlah rembatan penyerang muda negara yang beraksi di Thailand, Fergus Tierney yang masuk sebagai pemain gantian dilakukan dari luar kotak penalti berhasil masuk ke dalam gawang Kemboja pada minit 74’ sekaligus mengikat semula tuan rumah sehingga tamat permainan.

Perlawanan seterusnya, Harimau Malaya dijadualkan melayan kunjungan pasukan yang menduduki ranking ke-196 dunia, Timor Leste di pada 11hb Disember (Rabu) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Featured Image: FAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd