METMalaysia Ramal Hujan Turun Ketika Malaysia vs Timor Leste
Hafiz Omar

Perlawanan kedua melibatkan Malaysia menentang Timor Leste dalam Kumpulan A bagi saingan Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka berlangsung dalam keadaan hujan.
Sekiranya tidak hujan, pemain-pemain dari kedua-dua pasukan berkemungkinan terpaksa beraksi di atas padang yang basah.
Ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan berlakunya hujan pada waktu petang serta waktu malam pada hari perlawanan terbabit, 11hb Disember 2024.
Ramalan tersebut dilakukan khas oleh METMalaysia dan disiarkan pada hari ini sebagai persiapan bukan sahaja kepada pemain bahkan buat para penyokong dan peminat yang akan ke SNBJ bagi memberikan sokongan kepada skuad berjulukan Harimau Malaya itu.
Pada Ahad lalu, Malaysia bimbingan Pau Marti telah memulakan kempen Piala ASEAN peringkat Kumpulan A dengan memungut satu mata susulan terikat 2-2 dengan pasukan tuan rumah, Kemboja.
Sementara itu, Timor Leste pula dibantai 0-10 oleh juara bertahan, Thailand dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam.
Featured Image: FAM