Arab Saudi Sah Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2034
Hafiz Omar

Rantau asia barat sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij, Piala Dunia FIFA apabila Arab Saudi sah dipilih sebagai hos bagi kejohanan terbabit.
Pemilihan Arab Saudi itu diumumkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dalam Kongres Luar Biasa FIFA berlangsung secara maya yang disertai 211 ahli gabungan, pada Rabu.
#WelcomeToSaudi34 💚
— Saudi Arabia FIFA World Cup 2034™️ (@Saudi2034) December 11, 2024
We promise all fans to deliver a FIFA World Cup ™️ like no other 🏆 pic.twitter.com/d3M8xX1RDF
Untuk makluman, saingan Piala Dunia edisi ke-25 itu akan dianjurkan di lima buah bandar merangkumi Jeddah, Al Khobar, Abha, Neom termasuk ibu negaranya sendiri, Riyadh.
Sebanyak 15 buah stadium telah dipilih untuk melangsungkan pertandingan melibatklan 48 pasukan terbaik dunia iaitu Stadium Antarabangsa Raja Salman, Stadium Putera Mohammed Bin Salman, Stadium Raja Fahad, Stadium Murabba, Stadium Roshn, Stadium Putera Faisal Bin Sahad, Stadium Riyadh Selatan, Stadium Universiti Raja Saud, Stadium Raja Abdullah, Stadium Pantai Qiddiya, Stadium Pusat Jeddah, Stadium Raja Abduallah Bandar Ekonomi, Stadium Aramco, Stadium Universiti Raja Khalid dan Stadium Neom.

Pemilihan Arab Saudi selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 sudah dijangka oleh ramai orang khususnya peminat bola sepak seantero dunia berikutan negara tersebut menjadi pembida tunggal.
Dua tahun lalu, rantau asia barat julung kalinya melangsungkan saingan Piala Dunia terbabit dengan jayanya apabila Qatar diangkat sebagai tuan rumah.
Saingan itu menyaksikan Argentina yang diketuai pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel Messi muncul pemenang setelah menumpaskan Perancis yang dibintangi Kylian Mbappe 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar.
Dalam kongres yang sama, Infantino turut mengumumkan gabungan tiga negara iaitu Maghribi, Portugal dan Sepanyol terpilih menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2030 sambil disertakan perlawanan sambutan sempena sedekad saingan ini di Argentina, Paraguay dan Uruguay.
Featured Image: Saudi Arabia FIFA World Cup 2034